Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya,
maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.
Anda sebenarnya silap dan terperangkap
apabila persahabatan dan semangat
setiakawan yang terbina bertahun-tahun
berakhir dengan ungkapan cinta.
Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap,
perbuatan dan tindakbalas yang
dipamerkan oleh seseorang,
bukannya dari kata-kata bermadah
walaupun terlalu indah.
Orang yang terlalu banyak berjanji
semasa bercinta adalah orang yang
keliru dengan perasaannya sendiri.
Cinta memerlukan keikhlasan dan
kejujuran dan bukannya pengorbanan
membuta tuli. Mereka yang sanggup
berkorban demi cinta adalah orang
yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.
Anda sebenarnya tidak pernah jatuh
cinta atau dicintai sekiranya anda
mengatakan sering gagal dalam percintaan.
Kecacatan cinta bukannya terletak
atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi
disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.
Anda adalah insan yang kecewa
sebelum waktunya sekiranya anda
sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu”
dan “Adakah Kau Mencintaiku?”
Cinta adalah anugerah Tuhan,
mereka yang menerima dan mengalaminya
tidak pernah menyedari bahawa dia
telah jatuh cinta kepada seseorang.
Wednesday, August 5, 2009
?????????????????????
Posted by K@meQ KitaQ at 6:20 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment