BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 6, 2009

H@diRnya Ch3nT@

Hadirnya cinta tanpa diundang..
perginya pula tanpa ada yg merelakan..
cinta juga hadir bukan untuk menyiksa,
tapi hadirnya adalah untuk menguji....
menguji sejauh mana kita mampu
bertahan dengan segala dugaan dan ujian
yang datang...
apakah cinta yang kita miliki sehebat kata2 cinta
yang kita lapazkan di bibir??
ternyata tidak...kerana cinta terlalu sukar
dimengertikan bagi mereka yg tak tahu menghargai cinta..
di mana cinta adalah 1 tanggungjawab insan
iaitu cintai mereka yg menyintai, sayangi mereka yg menyaygi,
kasihi mereka yg mengasihi dan rindui mereka yg merindui..
cinta tak dicari...cinta juga tak dapat kalau tak diberi...
tapi mencari dan memberi cinta biarlah pada yang sudi
kerana itu lebih bererti...

Wednesday, August 5, 2009

?????????????????????

Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya,

maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.
Anda sebenarnya silap dan terperangkap

apabila persahabatan dan semangat

setiakawan yang terbina bertahun-tahun

berakhir dengan ungkapan cinta.

Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap,

perbuatan dan tindakbalas yang

dipamerkan oleh seseorang,

bukannya dari kata-kata bermadah

walaupun terlalu indah.

Orang yang terlalu banyak berjanji

semasa bercinta adalah orang yang

keliru dengan perasaannya sendiri.

Cinta memerlukan keikhlasan dan

kejujuran dan bukannya pengorbanan

membuta tuli. Mereka yang sanggup

berkorban demi cinta adalah orang

yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.

Anda sebenarnya tidak pernah jatuh

cinta atau dicintai sekiranya anda

mengatakan sering gagal dalam percintaan.

Kecacatan cinta bukannya terletak

atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi

disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

Anda adalah insan yang kecewa

sebelum waktunya sekiranya anda

sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu”

dan “Adakah Kau Mencintaiku?”

Cinta adalah anugerah Tuhan,

mereka yang menerima dan mengalaminya

tidak pernah menyedari bahawa dia

telah jatuh cinta kepada seseorang.

Ch3enta S3jatY

Cinta yang sejati ialah

cinta yang tidak bertambah

kerana kebaikan dan tidak

berkurang kerana kesalahan ~ Yahya Bin Muadz

Cinta sejati bertapak pada

rasa saling menghargai ~ Niller

Cinta sejati tidak memandang wang,

tetapi wang sangat penting untuk

memelihara cinta. ~Hukamak

Cinta sejati mempunyai tempat

hanya untuk dua orang, t

idak ada bagi orang ketiga ~ Gorji Zaidan

Cinta yang sejati berdiri atas

dasar hormat ~ Buckingham

Cinta sejati ialah cinta ibu kepada anaknya.

Cinta sejati daripada seorang

perempuan memberi sayap kepada lelaki,

sebaliknya cinta yang palsu memberi belenggu ~ Daer Oberderf

Cinta yang sejati hanya dapat

dilihat dari sinar pandangan mata ~ Kruger

Sunday, August 2, 2009

Love is a wonderful thing

Love is a wonderful thing
Don’t think it will always be there
But when it is, embrace it with all of your heart
Love comes in many forms
Remember to love
Let yourself be loved
Without love this world would be empty
Love others
Love yourself

PetaNdA cH3nTa

Kamu berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam dan baru saja beberapa minit selepas kamu putuskan talian kamu sudah mula merinduinya…

Kamu membaca SMS si dia berulang-ulang kali…seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan mu :-)

Bila bersama dengan si dia kamu berjalan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat tujuan…ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.

Kamu menjadi seorang yang terlalu pemalu bila bersama dengan si dia. Malu-malu kucing gitu…

Bila kamu memikirkan si dia hati mu sentiasa berdebar-debar dan jantung mu berdegup dengan laju…mengalahkan kereta F1 gitu…

Kamu tersenyum lebar bila kamu mendengar suara si dia…mungkin lewat telefon atau walaupun di sebalik tembok…mana tau sekolah si dia berjiran dengan sekolah kamu :-D

Ketika kamu melihat dia tiada wajah lain lagi yang kamu lihat di sekeliling mu…hanya dia dia dan dia…iskk kronik sudah ni…..

Kamu mula melayan lagu-lagu sentimental sambil membayangkan wajah si dia…Lagu Ayat-ayat Cinta pun di layan eh…

Kamu hanya memikirkan tentang dia saja…siang malam…jangan lupa makan minum tidur dah la yer…

Haruman badannya sangat terkesan kepada kamu…seolah-olah di mana saja kamu pergi bau itu menemani kamu membuat kamu semakin merindui dia…

Kamu sedar yang kamu tiba-tiba tersenyum lebar bila saja wajahnya bermain dibenak mu…

Kamu sanggup lakukan apa saja untuk si dia…ehemm…ingat jangan sampai menyalahi hukum agama okay…

Ketika kamu membaca post ini…hanya wajah dia saja yang bermain di benak mu…hah dia la orangnya yang kamu cinta tu :-)