BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 31, 2009

Ch3nta????

Apa erti cinta
tidak semudah yang disangka untuk mencari cinta yang sebenar-benarnya cinta...
banyak cinta yang hanya bertopengkan cinta untuk mendapatkan cinta..
tapi cinta yang dihulurkan hanya palsu belaka..
oleh itu,
waspada la di dalam mencari cinta agar tidak tersalah pilih cinta....

Monday, July 27, 2009

nUr MaLAm

Menemui alam ini rasa kesangsian
ku kini berada dialam yang sunyi
hanya bertemankan bintang dan bulan
di malam gelap....
Hembusan angin bayu..pastikan berlalu
seiring dosa lalu menungguku
moga semalam..
jadi pedoman dan pengajaran
Langkan kaki...kananku
menyusuri ruas suci...
bermula episod baru
dalam ketulusan hati....
Bila hati...mengadap tuhan
baruku sedar...ada kelemahan
terasa kerdil berbanding yang Esa
terharu terfikir...bertapa agungnya
Tuhan...
Tuhanku aku tidak layak
masuk syurgaMu dan tak berupaya..
menghadapi api nerakaMu...
terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku
Ingin ku ubah cara hidupku yang lalau
menjadi hamba yang di redha selalu
tiada palsu wahai Tunahku
Allah yang satu..
Ku akhiri sujud dengan doa
semoga dikabulkan hajat
dijauhkan duka lara
ku harap terimalah taubat
Bila hati hati menghadap Tuhan
baru sedar ada kelemahan
terasa kerdil berbanding yang Esa

Sunday, July 26, 2009

Cinta dan dicintai


“Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan. Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza. Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti. Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa, Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia, Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…”